Jumaat, 1 Mei 2009

kemanisan sebuah perjuangan

TUJUAN DICAPAI DENGAN PERJALANAN. CITA-CITA DIRAIH DENGAN PERJUANGAN. PELANGI DIMULAI DENGAN HUJAN.

Kebanyakan orang menilai kenikmatan apabila tercapainya tujuan, sedangkan usaha dan perjuangan menuju tujuan merupakan fasa kesulitan dan kesengsaraan. Namun orang-orang terpilih menjadikan kenikmatan bermula dalam proses perjuangan, dan tercapainya tujuan hanyalah merupakan lanjutan dari kenikmatan tersebut. Kenikmatan di atas kenikmatan. It’s not the destination it’s the journey-Harley Davidson.
Dalam sebuah syair hikmah yang dinisbahkan kepada Imam asy-Syāfi’i disebutkan:
سَافِرْ تَجِدْ عِوَضاً عَمَّن تُفَارِقه
وَانْصَبْ فَإِنَّ لَذِيْذَ الْعَيْشِ فِي النَّصبِ
Pergilah niscaya kau akan dapatkan ganti dari yang kau tinggalkan,
berjuanglah kerana kemanisan hidup itu ada dalam kepayahan.
Dari Abū Hurairah, Nabi s.a.w. bersabda,
وَالَّذِيْ نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَوَدَدْتُ أَنْ أَغْزُوَ فِي سَبِيْلِ اللهِ فَأُقْتَلَ ثُمَّ أَغْزُوَ فَأُقْتَلَ ثُمَّ أَغْزُوَ فَأُقْتَلَ
“Demi Dzat yang jiwa Muhammad di Tangan-Nya. Sungguh, aku ingin berperang di jalan Allah lantas terbunuh, kemudian aku berperang lantas terbunuh lagi, kemudian aku berperang lantas terbunuh lagi.” [Riwayat Muslim III/1495/1876.]
Dari Anas ibn Mālik, Nabi s.a.w. juga bersabda,
مَا مِنْ أَحَدٍ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ يَسُرُّهُ أَنْ يَرْجِعَ إِلَى الدُّنْيَا غَيْر الشَّهِيْدِ فَإِنَّهُ يُحِبُّ أَنْ يَرْجِعَ إِلَى الدُّنْيَا، يَقُوْلُ: حَتَّى أُقْتَلَ عَشْرَ مَرَّاتٍ فِي سَبِيْلِ اللهِ، مِمَّا يَرَى مِمَّا أعْطَاهُ مِنَ الْكَرَامَةِ
“Tidaklah seorang pun dari kalangan penduduk syurga senang untuk kembali ke dunia kecuali orang yang mati syahid. Ia ingin kembali ke dunia, seraya berkata, ‘Hingga aku terbunuh sepuluh kali di jalan Allah!’ Ini kerana ia melihat sebagian kemuliaan yang diberikan kepadanya.” [Riwayat al-Bukhāri III/1037/2662, at-Tirmidzi IV/187/1661, dan lain-lain. Redaksi di atas adalah dari riwayat at-Tirmidzi.]
Dari hadith di atas kiranya dapat difahami bahawa kenikmatan itu bukan hanya didapati dari ganjaran setelah mati syahid, namun pada proses menuju kesyahidan, berupa perang, luka dan kematian juga terdapat kenikmatan yang tak terlukis.
Hal ini juga dinukil oleh satu surah dari al-Qur’an yang sering dibaca dan dihafalkan oleh kaum Muslim pada umumnya,iaitu firman Allah Ta`ālā:
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ * وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ * ٱلَّذِيۤ أَنقَضَ ظَهْرَكَ * وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ * فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْراً * إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْراً * فَإِذَا فَرَغْتَ فَٱنصَبْ * وَإِلَىٰ رَبكَ فَٱرْغَبْ
“Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu, yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutanmu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap.” [QS. Asy-Syarh (94): 1 – 8.]
Surah tersebut bermula dengan kelapangan dada, yang merupakan salah satu kenikmatan terbesar, dan ditutup dengan perintah untuk sentiasa bekerja secara optimum dengan diiringi harapan kepada Allah. Dengan menggabungkan bahagian awal dan akhir surah ini, dapat digaris satu pemahaman bahawa kelapangan dada atau kenikmatan itu terdapat pada perjuangan atau kerja keras secara optimum.
Bagaimanapun cara pandangan kita terhadap usaha dan perjuangan, samada sebagai kenikmatan atau kesengsaraan, perjuangan tetaplah merupakan suatu kewajipan yang apabila ditunda atau diabaikan akan menimbulkan kewajipan yang lebih besar di kemudian hari. Seseorang yang mengabaikan kerja keras di masa muda harus membayar dengan kerja lebih keras di masa tuanya. Siswa yang enggan belajar secara rutin setiap hari terpaksa belajar lebih masa di musim ujian atau ia tidak lulus. Begitulah rumusan yang berlaku dalam kehidupan.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama